Sunday, January 11, 2009

Ibadah berterusan biarpun sedikit................

SETIAP amalan baik akan mendapat balasan pahala di sisi Allah. Sebaiknya amalan itu mesti dilakukan berterusan. Amalan dilakukan umat Islam adalah ibadah ke arah membentuk keperibadian Muslim sejati.

Daripada Aisyah, Nabi SAW bersabda yang bermaksud: "Wahai manusia, lakukanlah amalan mengikut keupayaan kamu. Sesungguhnya Allah tidak jemu sehingga kamu jemu. Amalan paling Allah sukai ialah amalan yang berterusan walaupun sedikit." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Menurut 'Aun al-Ma'bud, Allah tidak jemu memberikan ganjaran sesuatu amalan selagi seseorang tidak jemu beramal.

Seterusnya, sahih Muslim menyatakan amalan sedikit tetapi berterusan lebih baik daripada amalan banyak tetapi terputus kerana seorang itu melakukan ketaatan, berzikir, berwaspada dan mendampingkan diri kepada Allah secara berterusan.


Melakukan sesuatu ibadah mesti ikhlas hanya kerana Allah supaya amalan itu diterima.

marilah sme2 kite istiqamah dlm melakukn ibadah kpd Allah...
ilalliqa'...

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
 
lily_lolypop © 2007 Template feito por Áurea R.C.